Sunday, November 24, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengimbau nostalgia raya 60an

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Penduduk Kampung Setia ‘A’ baru-baru ini tidak ketinggalan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan konsep pakaian 60an sambil berkongsi pengalaman dan cerita suasana, nostalgia dan kemeriahan dulu daripada orang yang sudah berusia yang masih ada di kampung itu.

    Meskipun berskala kecil namun kesepakatan mengadakan sambutan di pantaran salah sebuah kediaman penduduk kampung itu sedikit sebanyak memberikan suasana dengan hiasan dekorasi seperti zaman dahulu.

    Penghulu Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid, semasa ditemubual media antaranya menjelaskan, ‘suasana sebegini sememangnya membangkitkan lagi suasana raya zaman dulu-dulu dan menerusi acara ini juga dapat berinteraksi dalam mengetahui bagaimana pengalaman perayaan yang disambut pada ketika itu daripada mereka yang lebih berusia.’

    “Kesempatan inilah, begitu wajar untuk kita manfaatkan daripada warga emas sebagai ristaan anak-anak muda sama ada dari segi budaya, makanan dan sebagainya yang setentunya berguna bagi generasi penerus pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

    Beliau turut menambah apa yang diharapkan, budaya seumpama ini akan dapat lagi memperteguhkan ikatan sesama penduduk selain berdudun sambil mengisi waktu dengan informatif yang baik.

    Penduduk Kampung Setia ‘A’ semasa meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengetengahkan konsep pakaian 60an.
    – GAMBAR SERAHAN AWANG RAIMI BIN AWANG RASHID
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda