Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengingat sejarah padian Kampong Ayer

    Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

     

    PADIAN sudah lama wujud sejak 500 tahun dahulu semasa zaman pemerintahan Sultan Bolkiah, Sultan Brunei ke-5.

    Setelah Baginda mangkat dalam tahun 1524, penduduk yang tinggal di kawasan Kota Batu kemudiannya berpindah ke ulu Sungai Brunei, yang kini dikenali sebagai Kampung Tamoi, Tumasek dan Lumadan. Ianya merupakan sejarah yang pernah diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kepada penulis ketika suatu ketika dahulu.

    Pada zaman dahulu, golongan padian terdiri daripada kaum ibu yang tinggal di Kampong Ayer. Mata pencarian mereka ketika itu adalah dengan berniaga menggunakan perahu atau gubang. Setiap pagi, mereka akan turun menantikan pemukat-pemukat pulang dari laut membawa hasil. Tumpuan utama perkumpulan padian pada ketika itu ialah di penghujung jalan Kampung Sungai Kebun. Apabila padian tersebut melihat kedatangan perahu pemukat, mereka akan berebut-rebut membeli ikan segar dari pemukat dengan harga yang murah. Ikan-ikan yang diperoleh adalah seperti ikan Kembura, bilis, Kapas-kapas, Kuasi, Bekalang dan banyak lagi. Ia sangat digemari oleh penduduk sekitar Kampong Ayer.

    Padian semasa berada di perairan Kampong Ayer pada awal tahun 1970.
    Para padian berada di kawasan Kampung Sungai Kebun, menunggu pemukat membawa hasil dari laut.
    Pengayuh yang digunakan padian pada ketika itu sama dengan yang digunakan oleh pengayuh lumba perahu.
    Tudung dulang merupakan salah satu alat budaya lama dan pernah menjadi kemegahan semasa majlis-majlis perkahwinan suatu ketika dahulu. Namun kini ia semakin jarang dilihat, digantikan dengan yang moden.

    Setelah padian memperoleh ikan-ikan segar, mereka akan beredar berkayuh menuju ke kampung-kampung seperti Kampung Saba, Kampung Tamoi, Kampung Pengiran Pemancha Lama, Kampung Pengiran Bendahara Lama, Kampung Pengiran Tajuddin Hitam, Kampung Burong Pingai Air, Kampung Lurong Dalam, Kampung Ujong Bukit dan Kampung Sultan Lama. Ikan-ikan dijual dengan harga yang sangat murah. Namun semua itu hanya tinggal kenangan dan kini suasana tersebut sudah tidak lagi kelihatan.

    Salah satu seni yang masih diamalkan ialah kemahiran pembuatan tudung dulang yang diwarisi oleh kaum ibu asal Kampung Tamoi. Begitu juga makanan asli Brunei hasil buatan penduduk asli Kampong Ayer, yang mana ia merupakan pilihan pelancong-pelancong asing ke negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda