Sunday, April 27, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengunyah ais merosakkan gigi, menunjukkan tanda masalah kesihatan

    NEW YORK, 16 DIS – Menggigit kuku, penutup pen dan pemadam pensel atau mengunyah ais mungkin merupakan cara awda untuk mengatasi kebosanan atau menghilangkan tekanan.

    Tetapi pakar kesihatan mulut memberi amaran bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan gigi retak, pecah atau patah dan mungkin menunjukkan masalah kesihatan yang belum diketahui, lapor Washington Post, baru-baru ini.

    Mengunyah ais boleh menyebabkan keretakan pada enamel, yang dapat merebak, akhirnya menyebabkan gigi patah. Ia juga boleh memecahkan gigi yang sangat terdedah, kata pakar.

    “Walaupun enamel adalah bahan paling keras dalam tubuh manusia, ia masih boleh rosak dengan mengunyah sesuatu yang keras berulang kali, dan ais pasti termasuk sesuatu yang keras,” Holly Shaw, penolong profesor di Columbia University College Of Dental Medicine, dipetik sebagai berkata.

    Mengunyah ais adalah satu tabiat yang merangkumi pengisaran gigi, menghisap ibu jari, menggigit bibir dan tindakan berulang mulut yang lain.

    Perbuatan tersebut adalah perkara biasa dengan sehingga 90 peratus populasi menunjukkan tingkah laku seperti itu, selalunya kerana tekanan, kegelisahan dan faktor emosi lain, menurut laporan itu. – Xinhua

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda