Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mengutamakan kualiti kerja berbanding kuantiti

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    POPULARITI karakter Jack Ryan dari siri novel hasil tulisan Tom Clancy memang tidak perlu diperkenalkan lagi.

    Novel yang memaparkan elemen aksi itu juga pernah diadapatasi sebanyak beberapa kali ke dalam bentuk filem seperti The Hunt for Red October (1990), Patriot Games (1992). Clear and Present Danger (1994), The Sum of All Fears (2002) dan Jack Ryan: Shadow Recruit (2014).

    Antara barisan pelakon lelaki yang pernah merealisasikan karakter tersebut adalah Alec Baldwin, Harrison Ford, Ben Affleck dan Chris Pine.

    Kini, Carlton Cuse dan Grahan Roland turut berusaha untuk menerbitkan siri aksi Tom Clancy’s Jack Ryan dengan menampilkan John Krasinski sebagai pelakon utama.

    Selain itu, siri ini juga turut dibintangi oleh Abbie Cornish, Wendell Pierce, Ali Suliman, Dina Shihabi, Amir El-Masry dan Naomi Rapace.

    John Krasinski merupakan pelakon utama dalam siri drama Tom Clancy’s Jack Ryan.

    Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai kehidupan seorang lelaki bernama Jack Ryan yang bertugas selaku Penganalisis di Agensi Perisikan Pusat.

    Dia merupakan seorang lelaki yang sangat sukakan sesuatu cabaran dalam pekerjaan khususnya dari sudut fizikal.

    Berbanding berasa terlalu selesa untuk bekerja dalam ruang sebuah pejabat ternyata dia juga lebih gemar memilih untuk turun padang bagi melakukan kerja-kerja penyiasatan terhadap sesuatu perkara.

    Semangat dirinya untuk melakukan kerja-kerja penyiasatan semakin memuncak ketika dia berusaha untuk menyelesaikan satu kes pemindahan bank yang agak meragukan.

    Dari situ, dia nekad untuk mencari jawapan bagi setiap kes jenayah yang ditanganinya.

    Malah ada kalanya, dia juga harus melakukan tugas penyiasatan meliputi sehingga ke rantau Eropah dan Timur Tengah.

    Lalu apakah kesudahan kisah Jack Ryan yang lebih mengutamakan prinsip kualiti dalam melakukan sesuatu tugas berbanding kuantiti ini.

    Justeru, untuk mengetahui kisah drama yang penuh dengan paparan elemen aksi ini jangan terlepas dari terus menonton siri drama Tom Clancy’s Jack Ryan sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda