Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meninggal dunia pada usia 119

    TOKYO, 25 APRIL – Seorang wanita Jepun disahkan individu tertua di dunia telah meninggal dunia pada usia 119 tahun, kata pegawai tempatan hari ini.

    Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, di rantau Fukuoka barat daya Jepun, pada tahun yang sama Wright bersaudara terbang buat kali pertama dan Marie Curie menjadi wanita pertama yang memenangi Hadiah Nobel.

    Tanaka berada dalam kesihatan yang agak baik sehingga baru-baru ini dan tinggal di rumah jagaan, di mana dia menikmati permainan papan, menyelesaikan masalah matematik serta menggemari soda dan coklat.

    Pada usia mudanya, Tanaka menjalankan pelbagai perniagaan termasuk kedai mi dan kedai kek beras. Dia berkahwin dengan Hideo Tanaka pada tahun 1922, melahirkan empat orang anak dan mengambil anak angkat kelima. Dia merancang menggunakan kerusi roda untuk menyertai larian obor untuk Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2021, tetapi wabak COVID menghalangnya daripada berbuat demikian.

    Apabila Rekod Dunia Guinness mengiktirafnya sebagai individu tertua yang hidup pada tahun 2019, dia ditanya saat apa yang paling gembira dalam hidupnya. Jawapannya adalah “Sekarang”. – AFP

    Orang tertua dunia Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903 dan meninggal dunia pada usia 119 tahun pada 19 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda