KUALA LUMPUR, 15 JAN – Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan, menjadikan jumlah terkini keseluruhan mangsa setakat 12 tengah hari adalah seramai 635 orang berbanding 663 orang pagi tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah itu meliputi 257 orang daripada 82 keluarga yang berlindung di empat PPS di Sabah, 130 orang daripada 45 keluarga di dua PPS di Pahang dan 248 orang daripada 60 keluarga di enam PPS di Johor.
Di Sabah, seramai 110 mangsa berlindung di tiga PPS di Beluran manakala 147 mangsa berlindung di sebuah PPS di Sandakan.
Di Johor, seramai 23 mangsa berlindung di sebuah PPS di Batu Pahat, 38 mangsa di sebuah PPS di Kluang, 124 mangsa di dua PPS di Kota Tinggi dan 63 mangsa ditempatkan di dua PPS di Segamat.
Dalam pada itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Pahang, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya tengah hari ini. – Bernama










