Oleh Nurdiyanah R. Jari-jemarinya yang halus bergerak lembut memastikan benang sentiasa bertaut, umpama kasih yang tak terlerai, dengan cangkuk antara jari seakan-akan mengemudi curahan kreativiti yang sudah terpateri di mindanya. Namun gerakan itu perlu ditekuni, agar ia mampu mencipta sesuatu yang ‘magis’ bagi sebahagian orang yang menghargai hasil kraf tangan daripada bebenang sama ada menggabungkan