Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mentalqinkan kalimah La ilaha illallah di sisi orang nazak

    Sambungan minggu lepas

    ORANG YANG DISUNATKAN MENGAJARKAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH

    Orang yang melakukan talqin itu sunat terdiri daripada orang lain yang bukan daripada ahli waris orang yang ditalqinkan, supaya mengelak daripada tohmahan untuk mendapatkan segera harta waris atau bukan terdiri daripada orang yang bermusuhan dengannya, orang yang berdengkian dengannya atau seumpamanya. Sekiranya orang lain itu tidak ada, maka orang yang mentalqinkannya ialah ahli warisnya yang lebih kasih sayangnya kepada orang yang ditalqinkan.

    Kesimpulannya, mentalqinkan orang yang dalam keadaan nazak hukumnya sunat. Tidak syak lagi, orang yang sedang menghadapi saat-saat kematian amat memerlukan orang-orang yang di sekelilingnya untuk membantunya menghadapi saat-saat getir itu. Salah satu perkara yang boleh dibuat untuk membantunya ialah mentalqinkannya dengan kalimah La ilaha illallah. Mudah-mudahan dengan mentalqinkannya dia akan dapat melafazkan kalimah La ilaha illallah sebagai kalimah terakhir sebelum kematiannya. Ini kerana siapa yang dapat menyebutkan kalimah La ilaha illallah di akhir hayatnya maka orang itu in sya’ Allah akan mendapat ganjaran iaitu masuk syurga sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda