JOHANNESBURG, 24 Okt – Menteri kewangan baharu Afrika Selatan menghadapi kadar tidak menyenangkan dalam penyata belanjawan penggal pertengahan hari ini, berusaha menyelaraskan keperluan untuk mengawal hutang awam yang tinggi dengan seruan berbelanja lebih sebelum pilihan raya pada 2019.
Tito Mboweni, anggota konservatif fiskal, ialah menteri kewangan kelima negara dalam tiga tahun dan akan mengumumkan pelan percukaian dan perbelanjaan di tengah pengangguran yang tidak pernah berlaku dahulu, kemelesetan, kemerosotan pendapatan cukai dan hutang yang meningkat.
“Kemiskinan dan kadar pengangguran masih tinggi dan warga Afrika Selatan perlu diberi jaminan bahawa bayaran pencen dan bantuan sosial adalah terjamin dan kerajaan boleh diharapkan dalam komitmennya untuk merangsang pertumbuhan dan pewujudan pekerjaan untuk berjuta-juta orang yang memerlukan,” beritahu ahli ekonomi Universiti Wits Kenneth Creamer kepada AFP.
Presiden Cyril Ramaphosa menaruh harapan pengawasan ekonomi oleh Mboweni akan membantu Kongres Nasional Afrika (ANC) mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya yang dijangka diadakan pada Mei.
Pemimpin sebelum Mboweni, Nhlanhla Nene meletak jawatan pada Oktober apabila terdedahnya berita beliau telah melawat keluarga perniagaan Gupta, yang dituduh terlibat dalam rasuah, beberapa kali ketika jawatan sebelumnya sebagai menteri kewangan. – AFP
