Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri akui kesilapan mengenai kapas

    SINGAPURA, 1 JUN – Seorang menteri Singapura tersipu-sipu malu mengakui kesilapannya selepas mengatakan kapas dihasilkan daripada haiwan bukan tanaman semasa temu bual yang mencetuskan sindiran atas talian.

    Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing melakukan kesilapan itu dalam temu bual video pada Sabtu semasa cuba untuk menjelaskan kebergantungan Singapura terhadap perdagangan asing.

    Beliau memberi penutup mulut dan hidung – yang secara meluasnya digunakan di bandar itu untuk membendung penularan koronavirus – sebagai satu contoh, mengusulkan bahawa tidak banyak komponen yang Singapura boleh hasilkan sendiri.

    “(Kita) tidak mempunyai banyak kambing biri-biri di Singapura untuk menghasilkan kapas,” ujarnya.

    Pengguna Internet kemudian sepantas kilat terus menghentamnya atas kesilapan tersebut dengan ada yang mengajuk dengan lagu biri-biri dan sebagainya.

    Tidak lama kemudian Chan memperbetulkan kesilapan tersebut dan berkata dia sendiri ‘geli hati’ apabila menyedari apa yang telah dilakukannya.

    “Kepada sesiapa (terutama anak muda) yang menyaksikan video itu – kapas sudah setentunya bukan datang daripada kambing biri-biri, ia dihasilkan daripada pokok kapas!” katanya dalam hantara di laman Facebook.

    “Saya perlu mendapat tidur yang mencukupi,” tambahnya – sehingga mencetuskan respons daripada seorang warganet yang mengatakan: “Saya dengar menghitung kambing biri-biri boleh membantu untuk tidur.”

    Perkara itu bukanlah kesilapan pertama Chan berkaitan virus. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda