LONDON, 30 April – Menteri dalam negeri Britain, Amber Rudd semalam meletak jawatan, beliau mengakui ‘secara tidak sengaja memperdaya’ penggubal dasar mengenai sasaran pengusiran, dalam satu kejutan kepada pertubuhan kerajaan ketika ia berdepan kemarahan awam mengenai sasaran terhadap apa yang digelar sebagai pendatang generasi Windrush.
Rudd, yang berdepan tekanan meningkat berhubung layanan ke atas warga emas Komanwel terutamanya dari Caribbean, memberitahu penggubal undang-undang minggu lalu bahawa tidak terdapat sebarang sasaran bagi pengusiran orang yang berada di negara itu secara tidak sah.
Tetapi beliau menyerahkan peletakan jawatannya selepas dokumen-dokumen yang diserahkan ke pejabatnya telah mendedahkan tujuan-tujuan tersebut sudah dilaksanakan.
“Saya seharusnya sedar mengenai perkara ini dan saya bertanggungjawab sepenuhnya namun secara fakta saya tidak sedar,” katanya dalam surat peletakan jawatannya yang dihantar kepada Perdana Menteri British, Therese May, yang menyatakan bahawa beliau ‘secara tidak sengaja telah memperdayakan Jawatankuasa Hal Ehwal Pemilihan Dalam Negeri’.
Pengunduran dramatik Rudd itu berlaku sebagai satu kekecewaan bagi Perdana Menteri Theresa May, yang secara terbuka mengisytiharkan ‘keyakinan penuh’ terhadap Rudd baru–baru ini pada Jumaat lalu dan menghadapi kemungkinan pemilihan majlis setempat di seluruh England pada Khamis.

Kerajaan menghadapi kontroversi yang meningkat selepas ia muncul daripada generasi Windrush, yang datang ke Britain secara sah selepas Perang Dunia II, secara salah diancam dengan pengusiran.
Layanan mereka bermula daripada ‘persekitaran permusuhan’ dasar imigresen yang diterajui oleh May apabila beliau menjadi menteri dalam negeri di antara tahun 2010 dan 2016, dan kemudian diteruskan oleh Rudd.
Pembangkang, Parti Buruh mendakwa Rudd tidak cekap dan menjadi ‘perisai manusia’ bagi May.
“Ini tidak dapat dielakkan, satu-satunya kejutan adalah ia memerlukan masa yang panjang,” kata menteri dalam negeri, Diane Abbott berikutan peletakan jawatan Rudd itu.
“Perancang bagi krisis ini, Theresa May, perlu tampil untuk memberikan keterangan penuh dan jujur mengenai bagaimana keadaan yang tidak dapat dimaafkan berlaku semasa dalam pemerhatiannya.”
Dalam jawapan balas bertulis terhadap peletakan jawatan Rudd itu, May berkata beliau percaya menteri itu telah memberikan penjelasannya ‘dalam kepercayaan yang bagus’ dan berkata negara cuba untuk menguatkuasakan dasar imigresen ‘tegas tetapi adil’. – AFP