Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Burundi dibunuh

    NAIROBI, 1 Jan- Menteri alam sekitar Burundi ditembak mati di ibu negara Bujumbura awal hari ini, kata polis, pembunuhan pertama seumpamanya sejak negara itu terheret ke dalam pergolakan politik pada 2015.

    Emmanuel Niyonkuru, 54, menteri alam sekitar dan perancangan, air negara itu, ditembak mati sejurus selepas tengah malam, menurut kenyataan yang dihantar jurucakap polis, Pierre Nkurikiye.

    Pembunuhan itu, yang pertama dari menteri kerajaan sejak Burundi berada dalam pergolakan dalam bidaan kontroversi Presiden Pierre Nkurunziza bagi penggal ketiga pada 2015, berlaku beberapa bulan dalam keadaan tenang.

    “Menteri air dan alam sekitar dibunuh oleh penjenayah yang bersenjata dalam perjalanan pulang ke Rohero, sekitar 00:45,” tulis Nkurikiye empat jam selepas insiden tersebut.

    Dia menambah seorang wanita ditahan berikutan “pembunuhan itu”.

    Juga dalam Twitter, Nkurunziza menyampaikan ucapan takziah “kepada keluarga dan semua rakyat Burundi yang berikrar penjenayah akan dihukum.

    Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dan 300,000 meninggalkan negara itu sejak pergolakan bermula pada April 2015. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda