Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Menteri EU sokong rancangan pendatang baharu

    BRUSSELS, 27 NOV – Menteri dalam negeri Eropah mengalu-alukan rancangan EU baru-baru ini untuk menyelaraskan pengendalian ketibaan pendatang dengan lebih baik, selepas pertengkaran hebat mengenai bot penyelamat pelarian tercetus antara Itali dan Perancis.

    Perancis menuduh Itali gagal menghormati undang-undang laut dengan menolak kapal NGO awal bulan ini, mencetuskan rundingan krisis di Brussels bagi mengelak pertikaian baru EU berhubung isu penuh politik itu.

    Semua pihak menyifatkan pertemuan itu sebagai produktif, walaupun menteri dalam negeri Czech, Vit Rakusan, yang memegang jawatan presiden EU, kemudian berkata semua peserta telah bersetuju bahawa ‘lebih banyak yang perlu dilakukan’ untuk mencari penyelesaian yang berkekalan.

    Para menteri akan berkumpul semula pada mesyuarat yang telah dirancang pada 8 Disember untuk meneruskan ‘perbincangan yang sukar’, katanya.

    Naib presiden Suruhanjaya Eropah Margaritis Schinas, pesuruhjaya yang dipertanggungjawabkan untuk ‘mempromosikan cara hidup Eropah kami’, berkata Eropah tidak boleh berpuas hati dengan penyelesaian ad hoc yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...