Tuesday, March 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri G20 sedia meterai perjanjian iklim baharu

    CHENNAI, INDIA, 27 JULAI – Menteri-menteri Alam Sekitar G20 di India hari ini bersedia untuk memeterai perjanjian menangani perubahan iklim, beberapa hari selepas menerima kritikan hebat kerana gagal bersetuju untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

    Ketua alam sekitar daripada Kumpulan 20 – membentuk lebih 80 peratus daripada kedua-dua KDNK global dan pelepasan CO2 – menumpukan pada topik kritikal termasuk kewangan penyesuaian perubahan iklim, biodiversiti dan prinsip untuk aktiviti ekonomi berasaskan lautan.

    Perkara yang dipersetujui oleh menteri alam sekitar semasa persidangan sehari pada Jumaat akan ditandatangani oleh para pemimpin semasa sidang kemuncak di New Delhi pada bulan September.

    Suhu global mencecah paras tertinggi, mencetuskan banjir, ribut dan gelombang panas, kata pakar iklim.

    “Kehidupan orang ramai dimusnahkan,” kata Pesuruhjaya EU untuk Alam, Virginijus Sinkevicius kepada AFP lewat semalam, merujuk kepada ‘bukti yang semakin meningkat mengenai kesan iklim yang membinasakan’, termasuk kebakaran hutan yang marak di Greece dan Sicily.

    Para pekempen di seluruh dunia kecewa selepas menteri tenaga G20 gagal pada mesyuarat 22 Julai di Goa, India untuk mencapai persetujuan mengenai rancangan untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

    a dilihat sebagai tamparan hebat kepada usaha pengurangan dan kemenangan bagi beberapa pengeluar minyak utama yang telah menentang peralihan daripada bahan api yang tercemar. – AFP

    Virginijus Sinkevicius bercakap semasa mesyuarat kerja Alam Sekitar dan Kemapanan Iklim ke-4 di Chennai kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda