Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri G7 bincang mengenai Ukraine, China dan Iran

    KARUIZAWA, 17 APRIL – Menteri-menteri luar G7 akan bertemu di Jepun dalam beberapa hari lagi bagi membincangkan perang Rusia di Ukraine, ketegasan China dan rundingan nuklear dengan Iran.

    Perundingan bermula pada hari ini antara diplomat tertinggi dari negara maju perindustrian Kumpulan Tujuh (G7) selepas makan malam peribadi kelmarin di pusat peranginan Karuizawa, Jepun.

    Ancaman berlebihan China terhadap ujian peluru berpandu Taiwan dan Korea Utara akan dibincangkan, selain keganasan mengejut di Sudan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pertemuan itu diadakan menjelang sidang kemuncak penuh pemimpin G7 di Hiroshima, Jepun pada Mei.

    Jepun memegang jawatan presiden G7 dengan anggota lain terdiri daripada Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Amerika Syarikat (AS). – Bernama

    Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menunggu di bilik tertutup sebelum memberikan kenyataan bersama dengan Setiausaha Luar Britain, James Cleverly mengenai situasi di Sudan semasa Mesyuarat Menteri Luar G7 di hotel The Prince Karuizawa di Karuizawa, Jepun, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda