Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Hal Ehwal Ugama dan Mufti Kerajaan terima kunjungan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, menerima kunjungan hormat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah.

    Majlis tersebut berlangsung hari ini di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.

    Sementara itu Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, turut menerima kunjungan hormat daripada Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman; Timbalan Mufti, Sahibus Samahah Haji Jamali bin Mohd Adnan; dan Penolong Mufti Bahagian Khidmat Sokongan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, Ahmad Syaiful Azmi bin Mohd Noor.

    Majlis tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

    Turut mengalu-alukan rombongan di Darulifta Brunei Darussalam ialah Penolong Mufti (Ifta), Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah dan Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman.

    Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman berada di negara ini selaku ahli panel jemputan dari luar negara bagi Forum Perdana Majlis Ilmu 2023 yang akan diadakan pada 25 November di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Yang Berhormat Mufti Kerajaan menerima kunjungan hormat daripada Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman. – GAMBAR SERAHAN JMK
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menerima kunjungan hormat daripada Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr Luqman. – GAMBAR SERAHAN JMK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda