Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT- Setiausaha Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim (NCMF), Yang Berhormat Sabuddin N. Abdurahim mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman bertempat di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

    Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina serta bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dalam perkhidmatan ugama khususnya berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan ummah, pendidikan Islam, urusan haji, biasiswa pendidikan ugama, industri halal, zakat dan pembangunan waqaf.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menerima kunjungan Yang Berhormat Sabuddin N. Abdurahim.

    Rombongan NCMF berada di sini bagi menyertai Zakat Framework Workshop yang berlangsung pada 24 – 25 Oktober.

    Hadir di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Agama ialah Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Sesi bergambar ramai semasa kunjungan hormat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda