Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan hormat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Setiausaha Suruhanjaya Kebangsaan Filipina Muslim (NCMF), Sabuddin N Abdurahim, kelmarin mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, bertempat di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.

    Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina serta bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dalam perkhidmatan agama khususnya berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan ummah, pendidikan Islam, urusan haji, biasiswa pendidikan agama, industri halal, zakat dan pembangunan waqaf.

    Rombongan NCMF berada di Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Bengkel Rangka kerja Zakat yang diadakan kelmarin hingga hari ini.

    Turut hadir di majlis kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menerima kunjungan hormat daripada Sabuddin N Abdurahim, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda