Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Menteri Iklim Maldives ditahan kerana amalkan ‘sihir’

    MALÉ, 27 JUN – Polis di Maldives telah menahan seorang menteri alam sekitar negeri, kata pegawai hari ini, dengan media melaporkan dia dituduh mengenakan ‘sihir’ ke atas presiden.

    Menteri Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Tenaga negeri, Fathimath Shamnaz Ali Saleem, ditahan pada Ahad bersama dua orang lain di ibu negara Male, kata polis.

    Dia telah direman selama seminggu sementara menunggu siasatan, tambah pegawai, tanpa memberikan butiran atas penahanannya.

    “Terdapat laporan mengatakan Shamnaz telah ditangkap kerana melakukan sihir ke atas Presiden Dr Mohamed Muizzu,” menurut Sun, sebuah akhbar tempatan.

    Polis tidak mengesahkan atau menafikan laporan itu.

    Jawatannya merupakan tugas yang penting dalam sebuah negara yang diancam oleh krisis iklim, dengan pakar alam sekitar PBB memberikan amaran bahawa kenaikan paras laut boleh menjadikan negara itu hampir tidak dapat didiami menjelang akhir abad ini.

    Sihir bukanlah satu kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan di Maldives yang majoriti penduduknya beragama Islam, tetapi ia boleh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di bawah undang-undang Islam. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...