Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri India diejek kencing di kawasan awam

    NEW DELHI, 30 Jun – Seorang menteri kerajaan diejek di media sosial kerana membuang air kecil di kawasan awam di sebalik usaha utama kebersihan awam Perdana Menteri, ketika gambar-gambar kejadian mengaibkan itu disiarkan di muka-muka hadapan hari ini.

    The Times of India melaporkan menteri pertanian Radha Mohan Singh buang air di tembok sekolah ‘dengan diapit oleh pengawal-pengawal keselamatannya yang membawa senjata automatik.”

    Tajuk di muka hadapan surat khabar itu ‘Menteri Kesatuan buang air secara terbuka, mencetuskan pertikaian,” dan dengan akhbar-akhbar saingan memaparkan imej-imej berbintik-bintik menteri berusia 67 tahun sedang berdiri berhampiran tembok,

    Gambar itu diambil di kawasan pengundian Singh, di negeri Bihar, lapor The Times.

    Para pengguna internet India segera mempersendakan menteri itu dan parti memerintah Parti Bharitya Janata(BJP).

    “Di sini menteri pertanian negara merasmikan skim pengairan di rantau yang terjejas oleh kemarau di tengah kawalan ketat,” Rashtriya Janata Dal, parti politik serantau, berseloroh dalam menghantar gambar-gambar ke Twitter.

    “Menteri juga membuat sumbangan kepada ‘Clean India Mission,” tambah kemasukan ke Twitter.

    “Clean India” adalah salah satu program kebanggaan Perdana Menteri Narendra Modi untuk meningkatkan kebersihan awam dan menggalakkan orang ramai menggunakan tandas awam.

    “Sangat hebat. Bangga mempunyai menteri pertanian seperti Radha Mohan Singh yang menyiram rumput sendiri,” Santosh Bhradwaj berkata di Twitter.

    Namun para anggota keluarga Singh mengkritik kerana menyiarkan gambar-gambar itu.

    “Buang air kecil adalah fitrah semula jadi manusia, jadi mengapa perkara seumpama itu ditonjolkan untuk mewujudkan kontroversi? Adakah tempat buang air kecil (untuk lelaki) tersedia di mana-mana?” Sujit Kumar Singh, anak menantunya memberitahu akhbar The Hindu.

    Menteri itu tidak membuat ulasan segera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda