Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Indonesia rasmi ANTARA Heritage Center

    JAKARTA, 14 MEI – Menteri Badan Usaha Milik Negara, Erick Thohir hari ini merasmikan pembukaan bangunan baharu Agensi Berita Nasional Indonesia (ANTARA), ANTARA Heritage Center, di Jakarta Tengah.

    Terletak di lokasi budaya di Pasar Baru, yang mempunyai sejarah sebelum kemerdekaan negara, pusat itu akan menempatkan antara lain pasukan editorial yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan teks, foto dan video.

    Erick melakukan upacara pembukaan dengan menandatangani plak di perkara-ngan pusat berkenaan, di hadapan Menteri Komunikasi dan Informatika Budi Arie Setiadi serta Pengarah Presiden ANTARA Akhmad Munir.

    Berucap pada majlis itu, menteri itu melahirkan keyakinan terhadap keupayaan ANTARA untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan dalam industri akhbar, menekankan kepentingan kerjasama dan inovasi.

    “Saya berharap pusat ini bukan sahaja menceritakan sejarah tetapi juga mencipta naratif baharu melalui kerjasama dan inovasi.

    “Marilah kita menggunakan bangunan ini sebagai simbol komitmen kita untuk meningkatkan dan menyampaikan maklumat yang berkualiti kepada orang ramai.”

    Bangunan berusia 107 tahun itu diklasifikasikan sebagai Bangunan Warisan Kelas A, yang dahulunya adalah Weltevreden atau kawasan tempat tinggal utama orang-orang Eropah di pinggiran Batavia, Hindia Belanda. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda