TOKYO, 30 SEPT – Menteri digital Jepun hari ini berkata dia bersedia untuk mengambil langkah tegas untuk mempercepatkan pelaksanaan perkhidmatan dalam talian yang perlahan di pejabat-pejabat kerajaan dan tempat kerja.
Taro Kono, seorang ahli politik berpengaruh yang sebelum ini menjawat sebagai menteri pertahanan, menteri hal ehwal luar dan vaksin COVID – telah mengisytiharkan ‘perang’ ke atas mesin faks, cakera liut dan beberapa teknologi yang ketinggalan zaman yang masih biasa digunakan di negara-negara ekonomi ketiga dunia.
“Pandemik memaksa semua orang untuk mengakui bahawa pendigitalan di Jepun adalah perlahan,” kata Kono.
“Ia menjadi semakin jelas, berbanding negara-negara lain, betapa sukar untuk melakukan urus niaga dan menjalankan tugasan harian.” – AFP
