Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Menteri Jepun gesa percepat pendigitalan

    TOKYO, 30 SEPT – Menteri digital Jepun hari ini berkata dia bersedia untuk mengambil langkah tegas untuk mempercepatkan pelaksanaan perkhidmatan dalam talian yang perlahan di pejabat-pejabat kerajaan dan tempat kerja.

    Taro Kono, seorang ahli politik berpengaruh yang sebelum ini menjawat sebagai menteri pertahanan, menteri hal ehwal luar dan vaksin COVID – telah mengisytiharkan ‘perang’ ke atas mesin faks, cakera liut dan beberapa teknologi yang ketinggalan zaman yang masih biasa digunakan di negara-negara ekonomi ketiga dunia.

    “Pandemik memaksa semua orang untuk mengakui bahawa pendigitalan di Jepun adalah perlahan,” kata Kono.

    “Ia menjadi semakin jelas, berbanding negara-negara lain, betapa sukar untuk melakukan urus niaga dan menjalankan tugasan harian.” – AFP

    Taro Kono berkata dia bersedia untuk mengambil langkah tegas untuk mempercepatkan pelaksanaan perkhidmatan dalam talian yang perlahan di pejabat-pejabat kerajaan dan tempat kerja.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...