FRANKFURT, 29 MAC – Thomas Schaefer, menteri kewangan Jerman di negeri Hesse, telah membunuh diri disebabkan ‘terlalu risau’ mengenai bagaimana untuk menangani kemelesetan ekonomi disebabkan oleh koronavirus, perdana menteri negeri Volker Bouffier berkata hari ini.
Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api kelmarin. Pejabat pendakwa raya Wiesbaden berkata mereka percaya beliau meninggal akibat bunuh diri.
“Kami terkejut, kami tidak percaya dan kami berduka,” Bouffier berkata dalam kenyataan rakaman.
Hesse adalah pusat kewangan Jerman di bandar Frankfurt, di mana pinjaman besar seperti letaknya ibu pejabat Bank Deutsche dan Commerzbank. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.
Bouffier yang kelihatan menggeletar memberitahu bahawa Schaefer, yang menjadi ketua kewangan Hesse selama 10 tahun, telah bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat-syarikat dan pekerja yang berurusan dengan impak ekonomi disebabkan pandemik.

“Hari ini kita perlu menganggap yang beliau betul-betul terlalu risau,” kata Bouffier, seorang sahabat rapat kepada Konsulat Angela Markel.
“Ia tepat pada waktu yang sukar kita memerlukan seseorang seperti beliau,” dia menambah.
Dikenali dan dihormati, Schaefer telah lama disebut-sebut sebagai berkemungkinan menggantikan Bouffier.
Seperti Bouffier, Schaefer adalah milik parti kanan CDU Merkel.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.- AFP