JAKARTA, 10 OKT – Penyerang yang disyaki ahli radikal IS menikam ketua menteri keamanan Indonesia Wiranto ketika beliau keluar dari sebuah kenderaan hari ini menyebabkan luka dalam di perutnya dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan itu, kata para pegawai.
Gambar televisyen menunjukkan pegawai keselamatan bergelut dengan seorang lelaki dan seorang perempuan di luar sebuah universiti di Pandeglang selepas menyerang Wiranto yang berusia 72 tahun.
“Seseorang mendekati dan menyerang beliau,” kata jurucakap Polis Negara Dedi Prasetyo sambil menambah bahawa pasangan itu telah ditangkap.
Jurucakap Hospital Berkah, Firmansyah berkata, bekas ketua tentera itu mengalami dua luka dalam di perut dan mungkin memerlukan pembedahan tetapi sedar dan dalam keadaan stabil.
Wiranto kemudian dikejarkan ke hospital di Jakarta dengan helikopter. – AFP