Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Kehakiman letak jawatan sebab dakwaan memandu melulu

    WELLINGTON, 24 JULAI – Menteri Kehakiman New Zealand Kiri Allan meletak jawatan pada hari ini selepas didakwa memandu secara melulu dan menghalang daripada ditahan.

    Beliau baru sahaja seminggu kembali ke pejabat selepas berehat bagi menangani isu kesihatan mentalnya, lapor Xinhua.

    Pada pukul 9 malam waktu tempatan hari yang sama, Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Wellington dan ditahan di Balai Polis Pusat Wellington tetapi dibebaskan kira-kira 1 pagi hari ini.

    “Allan didakwa menggunakan kenderaan bermotor secara cuai dan enggan mengikut arahan pegawai polis. Ujian penafasannya juga mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang,” kata polis.

    Sementara itu, Perdana Menteri Chris Hipkins dalam satu kenyataan berkata: “walaupun tindakannya tidak boleh dimaafkan, saya dimaklumkan bahawa menteri wanita itu mengalami tekanan emosi yang melampau semasa kejadian.” – Bernama

    Allan meletak jawatan pada hari ini, selepas polis mendakwanya kerana memandu secara melulu dan menentang penahanan berikutan kemalangan kereta. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda