Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Kehakiman Poland menang undi percaya

    WARSAW, 14 DIS – Menteri Kehakiman Poland menang undi percaya di parlimen semalam, lapor agensi Anadolu.

    Zbigniew Ziobro ialah ketua Solidari Poland (SP), parti termuda dalam pakatan parti yang memerintah dan pencatur utama dalam reformasi badan kehakiman yang membawa kepada pembekuan berbilion euro, bayaran untuk menampung pelan pemulihan selepas COVID.

    Seramai 226 Ahli Parlimen (MP) menyokong manakala 228 lagi menentang dan tiga berkecuali.

    Kemenangan tipis Ziobro itu menandakan masih berlaku perpecahan dalam kalangan parti yang bergabung. – Bernama

    Zbigniew Ziobro sebelum pengundian di parlimen. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda