HANOI, VIETNAM, 8 JUN – Menteri kesihatan Vietnam dan datuk bandar ibu kota Hanoi telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan meluas terhadap memanipulasi harga ujian-ujian COVID, media kerajaan melaporkan.
Nguyen Thanh Long dipecat daripada jawatan menteri dan Chu Ngoc Anh, yang sebelumnya menteri sains, dipecat sebagai datuk bandar Hanoi, saluran berita online Tuoi Tre melaporkan kelmarin.
Mereka disiasat kerana menyalahgunakan kuasa, menurut Kementerian Keselamatan Awam, dan telah diusir daripada Parti Komunis memerintah.
Satu siasatan telah mendapati bahawa salah pengurusan di kementerian sains dan kesihatan telah membolehkan Viet A Technology Corporation untuk menaikkan harga bagi kit-kit ujian yang dibekalkan ke hospital-hospital dan pusat kesihatan di Vietnam.
Hampir 60 suspek termasuk pegawai-pegawai kementerian, ketua-ketua kesihatan awam dan jeneral-jeneral tentera telah ditahan atau disiasat bagi penglibatan dalam memanipulasi harga, menurut Kementerian Keselamatan Awam.
Laporan itu berkata bahawa pencabulan kedua-dua pegawai berkenaan telah menjejaskan respons Vietnam terhadap pandemik dan merugikan belanjawan kerajaan.
Seorang timbalan menteri sains, Pham Cong Tac juga ditahan pada Selasa dan dituduh mencabuli undang-undang dalam menguruskan aset-aset kerajaan. – AP