Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri kewangan Korea Selatan ambil alih tugas pemangku presiden

    SEOUL, 27 DIS – Menteri Kewangan Korea Selatan, Choi Sang-mok, akan memulakan tugasnya sebagai pemangku presiden hari ini selepas Parlimen yang dikuasai pembangkang meluluskan usul untuk melakukan pendakwaan ke atas Pemangku Presiden Han Duck-soo, menurut pejabatnya seperti dilaporkan agensi berita Yonhap.

    Choi yang juga Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi, mengambil alih tugas itu susulan penggantungan Han, kurang dua minggu selepas beliau menggantikan Presiden Yoon Suk Yeol pada 14 Disember lalu, yang turut dilucutkan jawatan kerana kegagalan menangani isu undang-undang tentera.

    Choi dijadualkan bertemu Han sebelum mengadakan panggilan telefon dengan pengerusi Ketua Turus Bersama dan seterusnya mengeluarkan arahan kepada menteri-menteri, menurut kementerian berkenaan.

    Pemangku presiden itu juga akan menyampaikan ucapan bertulis kepada rakyat serta mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, tambah kenyataan itu. – Bernama

    Choi Sang-mok akan memulakan tugasnya sebagai pemangku presiden kelmarin selepas Parlimen yang dikuasai pembangkang meluluskan usul untuk melakukan pendakwaan ke atas Pemangku Presiden Han Duck-soo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda