Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Afghanistan tiba di India untuk lawatan berprofil tinggi pertama

    NEW DELHI, 9 OKT – Menteri Luar kerajaan sementara Afghanistan, Amir Khan Muttaqi tiba di New Delhi hari ini bagi lawatan rasmi berprofil tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak pentadbiran kerajaan terdahulu di Kabul berakhir pada Ogos 2021.

    Muttaqi dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar, Penasihat Keselamatan Negara Ajit Doval dan pegawai-pegawai kanan lain mengenai isu perdaga-ngan, keselamatan, perkhidmatan konsular dan politik sepanjang lawatan dari 9 hingga 16 Oktober itu.

    “Kami menantikan peluang untuk mengadakan perbincangan dengan beliau mengenai hubungan dua hala dan isu serantau,” kata jurucakap Kementerian Luar India, Randhir Jaiswal dalam hantaran di platform X.

    India menjalin hubungan rapat dan persahabatan dengan kerajaan pimpinan Ashraf Ghani, yang digulingkan oleh Taliban lebih empat tahun lalu dan sebelum itu dengan pentadbiran Hamid Karzai.

    Walaupun India tidak secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban, pegawai India telah melakukan libat urus dengan Afghanistan mengenai projek India, bantuan kemanusiaan dan isu keselamatan secara tidak rasmi. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda