Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri luar China mulakan lawatan ke Asia Tenggara

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 12 OKT – China dan Kemboja hari ini menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas ketika menteri luar China melawat Phnom Penh sebagai sebahagian daripada rangka lawatan ke empat negara Asia Tenggara.

    Kementerian Luar mengumumkan bahawa Menteri Luar China, Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja, Malaysia, Laos dan Thailand minggu ini dan lawatan transit ke Singapura.

    Kemboja merupakan rakan sekutu paling setia Beijing di rantau ini dan pertumbuhan ekonominya bergantung kepada bantuan dan pelaburan dari China. Kedua-dua negara mempunyai persamaan ideologi, menekankan kawalan ketat oleh parti memerintah.

    Jelajah lawatan Wang dibuat ketika AS dan China bersaing untuk meraih pengaruh di negara-negara Asia Tenggara.

    Dari segi sejarah, AS lebih po-pular sebagai rakan kongsi, namun Beijing mengorak langkah besar ketika pertumbuhan kekayaan dan keyakinan China membolehkan ia menarik sekutu tanpa perkaitan dengan hak asasi manusia.

    Penandatanganan perjanjian perdagangan bebas Kemboja-China disaksikan oleh Wang dan Perdana Menteri Hun Sen yang mengadakan pertemuan awal hari ini.

    Butiran perjanjian tidak didedahkan tetapi jurucakap kementerian perdagangan mengatakan China akan memberikan perlindungan bebas tarif hampir keseluruhan ke atas importnya dari Kemboja. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda