Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Ecuador letak jawatan

    MOSCOW, 2 APRIL – Menteri Luar Ecuador, Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

    “Atas sebab peribadi, saya mengemukakan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Luar Negeri dan Mobiliti Manusia,” menurut ciapan Holguin di Twitter, kelmarin.

    Menteri itu berkata, dalam amanatnya, beliau sentiasa bertindak adil dan mengikut undang-undang, demi menjaga kepentingan negara.

    Presiden Ecuador, Guillermo Lasso berkata bahawa Menteri Alam Sekitar, Air dan Peralihan Ekologi, Gustavo Manrique Miranda akan menggantikan Holguin sebagai menteri luar yang baharu, lapor Sputnik.

    “Saya kesal dengan peletakan jawatannya. Pada Isnin, Gustavo Manrique akan dilantik mengisi kekosongan jawatan ini,” menurut ciapan Lasso di Twitter, kelmarin.

    Awal minggu ini, Mahkamah Perlembagaan Ecuador mengumumkan prosiding pemecatan terhadap Guillermo Lasso diluluskan atas tuduhan penyelewengan. – Bernama/Sputnik

    Gambar fail bertarikh 30 Mac 2023 menunjukkan Presiden Ecuador, Guillermo Lasso keluar dari kenderaan sambil dikelilingi oleh anggota keselamatan semasa hendak memasuki Pusat Kebudayaan Metropolitan yang terletak di sebelah istana presiden, di Quito, Ecuador. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda