Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Iran buat lawatan pertama di Kabul

    KABUL, 26 JAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, tiba di Kabul hari ini dalam lawatan tertinggi oleh pegawai Iran ke ibu kota Afghanistan sejak pengambilalihan Taliban pada 2021.

    Lawatan selama sehari itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan ‘meneruskan kepentingan bersama’, menurut jurucakap kementerian luar Iran, Esmaeil Baqaei.

    Setibanya di Kabul, Araghchi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dan beliau dijadualkan untuk bertemu dengan timbalan perdana menteri bagi urusan ekonomi, Abdul Ghani Baradar, menurut laporan stesen televisyen negara. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda