Sunday, July 7, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Menteri Luar Jerman bakal lawat Israel

    BERLIN, 5 JAN – Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock akan berkunjung ke Israel pada Ahad untuk lawatan keempatnya sejak meletusnya perang di Gaza, kata jurucakap kementerian.

    Baerbock akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Israel yang baharu, Israel Katz, serta Presiden Isaac Herzog, kata jurucakap Kementerian Luar, Sebastian Fischer semasa sidang akhbar hari ini.

    Beliau juga akan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki.

    Baerbock kemudiannya akan pergi ke Mesir untuk bertemu dengan rakan sejawatannya, Sameh Shoukry dan juga merancang untuk melawat Lubnan.

    “Rundingan itu akan memberi tumpuan kepada situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza, situasi di Tebing Barat dan keadaan yang sangat tidak menentu di sempadan Israel-Lubnan, serta usaha untuk mendapatkan pembebasan lebih ramai tebusan Hamas,” kata Fischer. – AFP

    Menteri Luar Negeri Luxembourg, Xavier Bettel (kiri) dan Baerbock semasa mengadakan sidang media di Berlin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...