Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri luar Jerman singkatkan lawatan ke Pakistan

    NEW DELHI, 7 JUN – Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock memendekkan lawatannya ke Pakistan selepas disahkan positif COVID-19.

    Baerbock, yang tiba di Islamabad hari ini untuk lawatan dua hari, telah mengadakan sidang media dengan Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari serta bertemu pegawai Pakistan.

    Menteri itu “diuji positif” selepas beliau hilang deria rasa ketika menikmati hidangan tengah hari,” menurut stesen penyiar Jerman Deutsche Welle (DW) menerusi laman sesawangnya.

    Beliau sepatutnya ke Greece dan Turkiye selepas lawatan ke Pakistan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda