Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Korea Utara bakal lawat Rusia, Belarus

    SEOUL, 26 OKT – Menteri Luar Negeri Korea Utara, Choe Son Hui, akan melawat Rusia dan Belarus, lapor media rasmi negara itu hari ini tanpa menyatakan tarikh lawatannya.

    Menurut agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA, Choe “akan melawat Persekutuan Rusia dan Republik Belarus atas jemputan kementerian luar Rusia dan Belarus.”

    Pengumuman itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijadual melawat Korea Selatan pada Rabu ini bagi menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

    Media AS sebelum ini melaporkan bahawa pegawai pentadbiran Trump telah berbincang secara tertutup mengenai kemungkinan mengatur pertemuan antara Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, yang kali terakhir mengadakan rundingan bersamanya pada tahun 2019.

    Trump sebelum ini menyatakan harapannya untuk bertemu semula dengan Kim, berkemungkinan dalam tahun ini.

    Kim baru-baru ini bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko semasa perarakan ketenteraan di Beijing pada bulan September sempena memperingati penyerahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

    Hubungan antara Pyongyang dan Moscow semakin erat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Korea Utara dilaporkan menghantar tentera ke Rusia bagi membantu peperangan negara itu di Ukraine. – AFP

    Vladimir Putin menyambut Choe Son Hui, sebelum rundingan mereka di Moscow pada 4 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda