Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Perancis gesa perdamaian sementara demi kemanusiaan

    DOHA, 5 NOV – Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna hari ini menyeru untuk perdamaian sementara kemanusiaan ‘serta-merta’ dalam perang Israel-Hamas ketika jumlah korban semakin meningkat di Semenanjung Gaza yang terkepung.

    “Perdamaian sementara kemanusiaan secara serta-merta, berpanjang dan dipantau adalah amat diperlukan sehingga membawa kepada gencatan senjata,” kata Colonna kepada pemberita semasa lawatan ke Qatar.

    “Satu konsensus telah dipersetujui dalam kalangan masyarakat anta-rabangsa,” katanya, sambil menambah Perancis berusaha memperkenalkan resolusi perdamaian sementara kepada Majlis Keselamatan PBB.

    Komen beliau, yang muncul selepas perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Qatar, menyusuli desakan sama daripada Setiausaha Negara AS Antony Blinken untuk penghentian peperangan sementara demi kemanusiaan, yang dalam lawatan terbarunya ke rantau itu sejak serangan 7 Oktober oleh kumpulan pejuang Palestin Hamas.

    Penghentian seumpamanya menjadi tumpuan utama perbincangan Blinken di Israel pada Jumaat, tetapi cadangan itu tidak diendahkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

    Netanyahu berkata beliau tidak akan bersetuju dengan ‘gencatan senjata sementara’ dengan Hamas sehingga kumpulan Islam itu membebaskan lebih 240 tebusan Israel dan warga asing yang diculiknya pada 7 Oktober.

    Sejak serangan Hamas yang mengejutkan, yang menurut pegawai Israel membunuh 1,400, kebanyakannya orang awam, Israel tidak henti-henti mengebom Semenanjung Gaza untuk memusnahkan Hamas, meratakan seluruh blok bandar. – AFP

    Catherine Colonna berjabat tangan bersama rakan sejawatan dari Qatar, Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim al-Thani semasa mesyuarat mereka di Doha pada 5 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda