Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Menteri Luar Rusia lawat China

    BEIJING, 30 MAC – Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata hari ini Moscow dan Beijing sedang menuju sistem dunia yang lebih adil, ketika beliau mengadakan lawatan pertamanya ke sekutu utama sejak Rusia melancarkan serangan ke atas Ukraine pada bulan lalu.

    Lavrov mendarat di bandar timur Huangshan pada awal hari ini.

    Dalam video yang dikeluarkan kementerian luar Rusia sebelum mesyuarat dengan Menteri Luar China Wang Yi, Lavrov berkata dunia ‘sedang mengalami peringkat amat serius dalam sejarah hubungan antarabangsa.’

    Pada akhir pembentukan hubungan global, “kami bersama awda, dan bersama pesimpati akan bergerak menuju sistem dunia berlainan, adil dan demokratik,” kata Lavrov.

    Kedua-dua menteri luar kelihatan menerusi siaran di televisyen China bersalam dengan menyiku di depan bendera kebangsaan masing-masing sebelum mesyuarat.

    Lavrov akan menghadiri beberapa siri mesyuarat anjuran China untuk membincang cara-cara membantu Afghanistan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...