PHNOM PENH, 24 JUN – Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 27 Jun, kata kenyataan akhbar Kementerian Luar Kemboja hari ini.
Semasa lawatan itu, Maris Sangiampongsa akan mengadakan rundingan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja dan Menteri Luar, Sok Chenda Sophea bagi membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama serantau.
Diplomat kanan Thailand itu juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Presiden Senat, Samdech Techo Hun Sen. – Xinhua