BEIJING, 10 JAN – Menteri-menteri Luar Negeri dari negara-negara Teluk kaya minyak tiba di Beijing hari ini dalam lawatan lima hari ketika pergolakan di negara jiran Kazakhstan menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan tenaga China.
Para pegawai dari Arab Saudi, Kuwait, Oman dan Bahrain, serta setiausaha agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Nayef bin Falah al-Hajrah, akan berada di China sehingga Jumaat, kata kementerian luar negeri.
Lawatan itu menyusuli aktiviti diplomatik menteri luar negeri China, Wang Yi, termasuk jelajah ke Afrika serta lawatannya ke Maldives dan Sri Lanka.
Kementerian luar negeri tidak menyatakan butiran lanjut mengenai lawatan menteri-menteri Teluk, kunjungan berkumpulan yang pertama seumpamanya, namun mereka dijangka akan berbincang hal ehwal memperkukuhkan hubungan tenaga bersama Beijing. – AFP