Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Menteri New Zealand gesa juruterbang Kiwi dibebaskan

    WELLINGTON, 5 FEB – Menteri Luar New Zealand, Winston Peters, hari ini menggesa pembebasan seorang juruterbang Kiwi yang diculik setahun lalu oleh pemisah Papua di Indonesia.
     
    Phillip Mehrtens, warga New Zealand, bekerja untuk syarikat penerbangan Indonesia Susi Air apabila dia diculik oleh pemberontak di lapangan terbang Nduga pada 7 Februari tahun lalu.
     
    Mehrtens sedang menyediakan sambungan udara dan bekalan penting kepada komuniti terpencil pada masa penculikannya, kata kerajaan New Zealand.
     
    “Kami menggesa mereka yang menahan Phillip supaya membebaskannya dengan segera dan tanpa ancaman. Penahanan berterusannya bukan untuk kepentingan sesiapa,” kata Peters dalam satu kenyataan.
     
    “Kami tahu sebelum Hari Natal, Phillip, dapat menghubungi beberapa rakan dan keluarga untuk memastikan mereka bahawa dia masih hidup dan sihat, namun kami masih bimbang tentang tempoh dia ditahan.”
    Gambar Freepik
    Peters berkata agensi kerajaan New Zealand telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia sepanjang tahun lepas untuk mendapatkan pembebasan Mehrtens. “Tidak boleh ada sebarang justifikasi untuk penahanan tebusan,” tambah Peters.
     
    Pegawai Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan juga telah menyokong keluarga Mehrtens.
     
    “Mereka telah meminta privasi dan saya akan meminta agar hasrat mereka dihormati,” kata Peters.
     
    Perdana Menteri New Zealand sebelum ini, Chris Hipkins, yang digantikan selepas pilihan raya umum Oktober lalu, sebelum ini menggesa agar Mehrtens dibebaskan pada Ogos, enam bulan selepas warga New Zealand itu diculik. Pemberontak yang menculik Mehrtens adalah daripada kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB).
     
    Mereka sebelum ini menuntut Indonesia mengiktiraf kemerdekaan Papua sebagai balasan kepada pembebasan warga New Zealand itu. – AFP 
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...