Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri pendidikan baharu Afghan dilantik

    KABUL, 21 SEPT – Pemimpin tertinggi Taliban telah melantik seorang ulama sebagai menteri pendidikan Afghanistan dengan kumpulan itu menggandakan larangan mereka ke atas pendidikan menengah untuk kanak-kanak perempuan.

    Ratusan ribu remaja dan wanita muda telah dilucutkan daripada pendidikan sejak Taliban kembali berkuasa setahun lalu.

    Habibullah Agha, ahli kumpulan dalaman pemimpin tertinggi Hibatullah Akhundzada, dinamakan menteri pendidikan baharu dalam rombakan yang diumumkan oleh jurucakap kerajaan kelmarin.

    “Kami tidak boleh membuat sebarang rancangan sendiri. Sebaliknya, saya akan bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi,” kata Agha, 68, kepada AFP hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda