Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pendidikan hadiri Persidangan UNESCO di Paris

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, menghadiri Persidangan Agung UNESCO ke-39 yang berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO, Paris, Perancis.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini, mengiringi Yang Berhormat Pehin ke persidangan berkenaan ialah Duta Negara Brunei Darussalam ke Perancis dan Wakil Tetap Brunei Darussalam ke UNESCO, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

    Menurut kenyataan itu lagi, persidangan berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Maklumat dan Teknologi Komunikasi, Republik Namibia, Stanley Mutumba Simataa selaku Presiden Persidangan Agung UNESCO ke-38.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda