Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pendidikan Libya dipenjara penjara 3 setengah tahun atas tuduhan rasuah

    TRIPOLI, 17 MAC – Pejabat Peguam Negara Libya mengumumkan kelmarin Menteri Pendidikan negara itu, Musa al-Magaryaf dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

    Hukuman terhadap menteri itu berkait pengurusan prosedur kontrak untuk mencetak dan membekalkan buku sekolah, lapor Xinhua.

    Pejabat Peguam Negara menyatakan al-Magaryaf melanggar prinsip kesaksamaan dan terbabit dalam pilih kasih dan pengantaraan semasa proses itu.

    Keputusan muktamad mahkamah termasuk hukuman penjara tiga setengah tahun, denda 1,000 dinar Libya (anggaran AS$207) dan pelucutan hak sivil untuk tempoh hukuman dan tambahan setahun selepas hukuman dijatuhkan. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda