Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Pengangkutan Turkiye didenda pandu kereta lebihi had laju

    ISTANBUL, 26 OGOS – Menteri Pengangkutan Turkiye telah dikenakan denda akibat memandu melebihi had laju selepas menyiarkan video dirinya memecut di lebuh raya dengan hashtag #TurkeyAccelerates.

    Pada petang kelmarin, Abdulkadir Uraloglu menyiarkan video dirinya di X memandu di sepanjang lebuh raya berhampiran ibu negara Ankara dengan mendengar lagu rakyat dan klip ucapan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

    Dalam beberapa tangkapan gambar berasingan, beliau dilihat mencatatkan kelajuan antara 190 dan 225 kilometer sejam (kph).

    Had laju di lebuh raya itu di Turkiye ialah 140kph.

    Beberapa jam kemudian, Uraloglu menyiarkan semula rakaman itu, mengakui beliau telah didenda kerana melanggar had laju, dengan mengatakan dalam siaran video itu beliau telah berada di luar kawalan.

    “Saya memandu untuk memeriksa lebuh raya Ankara-Nigde dan secara tidak sengaja melebihi had laju untuk tempoh yang singkat. Menerusi video itu saya mengecam diri saya sendiri,” tulisnya.

    Notis penalti, salinan yang disiarkannya, menunjukkan beliau telah memandu pada kelajuan 225kph dan didenda 9,267 Lira Tirkish (AS$225).

    “Saya akan lebih berhati-hati mulai sekarang,” tulisnya. “Mematuhi had kelajuan adalah wajib untuk semua orang,” tambahnya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda