Rancangan untuk menjadikan J-Hope BTS sebagai penyampai pertandingan pertunjukan memasak, di mana pesertanya terdiri daripada tentera dari pelbagai negara dibatalkan atas arahan Menteri Pertahanan Korea Selatan.
Bercakap di perhimpunan kebangsaan Selasa lalu, Menteri Pertahanan, Shin Won-sik mengesahkan pembatalan penyertaan idola K-pop itu.
Menurut Shin, walaupun J-Hope adalah seorang idola yang terkenal, kewajipan ketenteraannya harus sama seperti setiap askar lain. Tambahnya, beliau memberi arahan supaya tidak memberi tugas tambahan kepada anggota tentera yang merupakan selebriti sebelum menyertai tentera.
Pertandingan Memasak Tentera Antarabangsa kini memasuki musim keempat. Acara itu mempamerkan dan meraikan bakat masakan dalam kalangan tentera Korea Selatan, Amerika dan Singapura.
J-Hope, yang mendaftar dalam tentera pada April 2023, dilaporkan berkhidmat sebagai penolong pengajar di sebuah pusat latihan kemasukan tentera.
Selain J-Hope, dua anggota BTS juga berkhidmat dalam tentera. Mereka ialah Jin dan Suga, kongsi tabloidbintang.
J-Hope memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya pada 8 April 2023. Anggota BTS juga mengiringi J-Hope untuk berkhidmat dalam tentera, termasuk Jin yang telah mendaftar. Ketujuh-tujuh anggota itu dilihat mengambil gambar bersama dan memuat naiknya di akaun media sosial masing-masing. – Agensi