Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Rusia tiba Isnin ini

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Sergey Lavrov akan tiba di negara ini bermula 5 Julai, menurut Kedutaan Persekutuan Rusia di Brunei Darussalam, kelmarin.

    Semasa kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama akan bertemu para pegawai tertinggi Brunei dan mengadakan rundingan yang berkisar tentang agenda dua hala termasuk kerjasama dalam politik, perdagangan dan ekonomi, hal ehwal kemanusiaan, pertahanan dan keselamatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda