Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Menteri sibuk bercuti selepas krisis banjir letak jawatan

    BERLIN, 11 APRIL – Seorang menteri kabinet Jerman hari ini meletak jawatan selepas didapati bercuti panjang tidak lama selepas kejadian banjir besar yang mengakibatkan lebih 100 orang terkorban tahun lalu di negeri di mana dia ketika itu merupakan pegawai kanan.

    Anne Speigel meletak jawatan daripada peranannya sebagai menteri bagi keluarga dan wanita, selepas ‘desakan politik’ sekali gus menjadi ahli pertama kerajaan Canselor Olaf Scholz untuk berundur. Beliau turut membuat permohonan maaf pada Ahad.

    Spiegel menyertai kabinat Scholz pada Disember. Sebelum itu, dia merupakan menteri alam sekitar dan timbalan gabenor negeri Rhineland-Palatinate. Wilayah itu teruk terjejas oleh banjir pada Julai yang membunuh lebih 180 orang di seluruh negara, 134 daripadanya di lembah Ahr di Rhineland-Palatinate.

    Pegawai serantau berdepan beberapa persoalan mengenai cara pengendalian banjir.

    Kelmarin, kerajaan negeri mengesahkan satu laporan dari akhbar Bild am Sonntag bahawa 10 hari selepas kejadian banjir, Spiegel bercuti selama empat minggu bersama keluarga di Perancis – meskipun dia menekankan bahawa dia masih boleh dihubungi sepanjang percutian. Pemimpin pembangkang, Friedrich Merz menggesa Scholz untuk memecat Spiegel.

    Anne Spiegel meletak jawatan menteri kabinet selepas didapati bercuti panjang tidak lama selepas kejadian banjir besar yang mengakibatkan lebih 100 orang terkorban tahun lalu. – AP

    Dalam penampilan yang diaturkan malam kelmarin, Spiegel membuat permohonan maaf namun tidak memberitahu dia akan berundur.

    Namun hari ini, Spiegal mengeluarkan kenyataan bertulis memberitahu bahawa dia ‘membuat keputusan itu kerana desakan politik’ untuk melepaskan jawatannya.

    Spiegel merupakan ahli alam sekitar Green, parti kedua terbesar dalam kerajaan gabungan Scholz.

    Pemimpin bersama parti, Omid Nouripour berkata pengundurannya adalah “tepat meskipun ia adalah keputusan sukar.”

    Dia berkata penggantinya akan diumumkan ‘tidak lama lagi.’ – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...