Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Sri Lanka ditahan atas penipuan ubat palsu

    COLOMBO, 4 FEB – Mahkamah Sri Lanka menahan seorang menteri kanan kabinet semalam berhubung pembelian ubat palsu untuk hospital negeri ketika dia bertanggungjawab ke atas portfolio kesihatan.

    Bekas Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella, diperintahkan untuk ditahan sehingga 15 Februari sementara menunggu siasatan terhadap penipuan 144 juta rupee (AS$465,000) yang melibatkan apa yang dimaksudkan sebagai ubat yang menyelamatkan nyawa.

    Polis memberitahu mahkamah di Colombo, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk membeli stok antibodi imunoglobulin, yang digunakan pada pesakit yang lemah imun.

    Apa yang dibayar kementerian ternyata kebanyakannya air.

    “Ubat itu telah dikeluarkan untuk diberikan kepada hospital antara Julai dan September apabila pesakit melaporkan reaksi buruk yang mencetuskan ujian kualiti,” kata seorang penyiasat kepada AFP.

    Tidak jelas sama ada terdapat kematian berkaitan dengan penggunaan ubat palsu itu.

    Jabatan Siasatan Jenayah mula menyoal Rambukwella pada Jumaat lalu dan membawanya ke Mahkamah Majistret Maligakanda Colombo, di mana hakim memerintahkan penahanannya.

    Beberapa pegawai penting kementerian kesihatan lain telah pun ditangkap. Rambukwella kini adalah Menteri Alam Sekitar.

    Pembekal, sebuah syarikat tempatan, akan dibayar 960 juta rupee (AS$3.1 juta) tetapi pembayaran dihentikan selepas kebimbangan kualiti timbul pada bulan September. – AFP

    Rambukwella diiringi ke penjara di Colombo pada 3 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda