Menteri Thai nafi laporan dadah

BANGKOK, 10 SEPT – Seorang timbalan menteri Kabinet Thai berkata satu laporan dalam akhbar Australia yang mengatakan beliau dipenjara di sana selama empat tahun atas sabitan penyeludupan dadah adalah direka oleh musuh politik dan beliau tidak mempunyai rancangan untuk meletak jawatan.

Timbalan Menteri Pertanian Thammanat Prompao hari ini memberi respon kepada satu laporan oleh akhbar Sydney Morning Herald mengatakan beliau ditahan pada 1993 dan disabit bersalah bersubahat untuk mengimport heroin, berdasarkan rekod dan temu ramah mahkamah.

Khabar angin penahanan Thammanat tersebar pada Julai sebelum beliau menyandang jawatan beliau dalam kerajaan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha. Beliau berkata pada masa itu beliau telah ditangkap dalam serbuan polis, dipenjarakan selama lapan bulan atas dakwaan kecil, dan seterusnya menghabiskan empat tahun sebagai orang bebas di Australia. – AP

Gambar fail pada 16 Julai 2019 menun-jukkan Prompao tiba untuk bergambar bersama anggota kabinet di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand. – AP